fbpx

Imam ditemui setelah 16 jam hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdullah Ibrahim dibawa ke Hospital Selama menjalani pemeriksaan Kesihatan setelah 16 jam tersesat diladang sawit Felda Ijok.-FOTO: IHSAN PEMBACA

SELAMA – Seorang lelaki warga emas yang didakwa hilang semasa membaja di kebun kelapa sawit miliknya di Felda Ijok tengah hari semalam telah ditemui tengah malam tadi.

Mangsa, Abdullah Ibrahim, 74 atau lebih dikenali penduduk sebagai Imam Dolah ditemui penduduk kampung pada pukul 11.30 malam setelah 16 jam hilang.

Ketua Polis Daerah Selama, Superintendan Sabri Saat berkata, mangsa ditemui pada jarak tiga kilometer (km) dari kebun kelapa sawitnya.

Menurut beliau, mangsa ditemui dalam keadaan lemah tetapi tiada sebarang kecederaan setelah hilang 16 jam.

“Mangsa telah keluar rumah menunggang sebuah motosikal untuk membaja pada pukul 8 pagi semalam.

“Bagaimana pun, dia tidak pulang ke rumah pada waktu tengah hari seperti biasa menyebabkan isterinya meminta anak mereka untuk keluar mencari di kebun.

Anak beserta beberapa orang penduduk kampung telah pergi ke kebun itu untuk mencari mangsa namun gagal menemuinya menyebabkan mereka membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan awal pagi ini.

Susulan itu, operasi mencari mangsa dilakukan pada pukul 8 malam melibatkan 80 orang terdiri daripada polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung.

Operasi mencari dibahagikan kepada empat kumpulan dengan kawasan pencarian seluas 10 km termasuk menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

“Setelah tiga jam, misi pencarian keatas mangsa membuahkan hasil.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Selama untuk tujuan pemeriksaan manakala operasi ditamatkan pada pukul 12.01 tengah malam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI