fbpx

Netizen minta Sakinah bukti kemurungan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GARA-gara dilihat mampu fokus melakukan senaman, ada yang mempersoalkan tentang penyakit ADHD dihidapi Sakinah.

BENARLAH kata orang, kadang-kadang muat naik video biasa pun boleh menjadi lubuk kecaman netizen.

Situasi tersebut yang berlaku kepada Sharifah Sakinah apabila ada yang bertanya bagaimana dia yang menghidap penyakit Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) boleh fokus melakukan senaman.

“Sakinah ada ADHD, bagaimana boleh buat diri fokus untuk bersenam?” soal seorang pengguna TikTok dalam ruangan komen video yang dikongsi pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu.

Belum sempat menjawab, seorang netizen membalas bahawa Sakinah hanya berpura-pura mengalami masalah kesihatan mental selama ini.

“Wayang semata-mata. Minta dia reviu laporan perubatan yang disahkan pakar,” katanya sinis.

Sakinah yang tidak berdiam diri menjawab: “Takkanlah saya nak muat naik laporan perubatan dalam TikTok mak cik, itu namanya nak perhatian.”

Harapnya jangan tuduh melulu, tak baik buruk sangka tentang penyakit yang dihidapi orang lain. Belum kena pada diri sendiri bolehlah cakap macam itu kan.

DIVA: Geram dengan seorang pengacara wanita ini, tak pernah nak jawab panggilan telefon atau WhatsApp yang dikirim. Dengarnya ada juga rakan media lain yang terkena dengan perangai kekwatnya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI