fbpx

Lelaki lebih mudah jatuh cinta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki lebih cenderung untuk berfikir bahawa mereka sedang dilamun cinta. – Unsplash

DUNDEE, SCOTLAND – Satu kajian antarabangsa mendapati bahawa kaum lelaki lebih mudah mengucapkan kata-kata ‘I love you’ atau ‘Saya mencintai awak’ berbanding wanita, lapor portal berita MailOnline semalam.

Kajian itu mendedahkan bahawa lelaki membuat pengakuan dengan meluahkan perasaan mereka itu dalam masa purata 108 hari berbanding wanita yang mengambil masa selama 123 hari.

Lelaki dari enam buah negara turut didapati bertindak terlebih dahulu dalam meluahkan perasaan mereka, kecuali di Perancis, di mana kedua-dua jantina lebih setara untuk menjadi yang pertama meluahkan perasaan.

Keenam-enam negara tersebut adalah Australia, Brazil, Chile, Colombia, Poland dan Britain. 

Menerusi penyelidikan Universiti Abertay yang diketuai oleh Dr. Christopher Watkins itu, seramai 1,092 responden wanita dan 336 lelaki disoal mengenai hubungan cinta mereka.

Responden disoal sama ada mereka yang memulakan langkah pertama untuk meluahkan perasaan, tempoh masa untuk mereka memberanikan diri (meluahkan perasaan) dan respons yang diterima daripada pasangan.

Hasilnya mendapati bahawa lelaki lebih cenderung untuk berfikir bahawa mereka sedang dilamun cinta, iaitu kira-kira 70 hari dalam hubungan baharu, seminggu lebih awal berbanding wanita.

Mereka kemudian mengambil masa selama sebulan untuk mendapatkan keberanian bagi mengungkapkan kata-kata ‘I love you’. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI