fbpx

JPNS nafi hutan simpan kekal Selangor dijual online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anatara laman sesawang yang didakwa menjual tanah hutan simpan di platform online.

SHAH ALAM – Tiada Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri yang dijual secara dalam talian seperti didakwa beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkaitan alam sekitar.

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Datuk Ahmad Fadzil Abdul Majid berkata, berdasarkan dakwaan NGO tersebut dilakukan menerusi kajian survey yang dijalankan oleh badan bebas dikenali sebagai Rimba Disclosure Project (RDP).

Katanya, kajian tersebut telah mengenalpasti seluas 43,539 hektar tanah dalam hutan simpanan kekal di sekitar negeri Perak, Selangor, Pahang, Terengganu dan Kelantan cuba dijual secara komersial melalui beberapa laman web termasuk facebook pada tahun 2021.

Daripada keluasan tersebut, seluas 264 hektar tanah melibatkan negeri ini.

“Berdasarkan semakan JPNS didapati lokasi yang dimaksudkan untuk penjualan tersebut adalah bukan berstatus HSK yang diwartakan di bawah Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negeri Selangor 1985.

“Terdapat dua lokasi di Selangor yang didakwa telah diiklankan melalui laman web untuk dijual iaitu di Pulau Indah (Pulau Lumut) seluas 192 hektar dan Puncak Alam seluas 72 hektar.

“JPNS ingin memaklumkan bahawa keluasan kawasan HSK di Selangor telah berjaya ditingkatkan kepada 250,250.29 hektar pada tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad Fadzil, kejayaan ini adalah hasil komitmen yang tinggi dan berterusan kerajaan negeri melalui beberapa inisiatif yang telah dilaksanakan sejak tahun 2010.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI