fbpx

Vladimir Putin tidur ketika kontinjen Ukraine berarak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putin dituduh berpura-pura tidur sebagai propaganda kepada ketengangan yang sedang berlaku antara kedua-dua negara itu. – NBC

BEIJING – Presiden Rusia, Vladimir Putin, dirakam  tidur ketika kontinjen atlet Ukraine berarak masuk ke dalam stadium pada acara pembukaan temasya sukan Olimpik Musim Sejuk di Beijing semalam, lapor akhbar New York Post.

Menurut akhbar The Independent UK, beliau dilihat bersandar pada kerusi dengan mata yang tertutup ketika barisan atlet Ukraine diperkenalkan dan lagu kebangsaan negara itu dimainkan.

Tidak lama selepas itu, matanya dibuka dan beliau bangun dari kerusi ketika kontinjen Jawatankuasa Olimpik Rusia memasuki Stadium Nasional Beijing bagi memberi penghormatan.

Rakaman aksi Putin itu menimbulkan spekulasi yang menyatakan bahawa beliau sengaja berpura-pura tidur sebagai propaganda kepada ketengangan yang sedang berlaku antara kedua-dua negara itu.

Ketika ini, Putin dilaporkan telah menempatkan lebih 100,000 tentera Rusia di kawasan sempadan dengan Ukraine bagi bersiap sedia terhadap sebarang kemungkinan untuk menakluk negara itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI