fbpx

Fasiliti minyak di Eropah hadapi serangan siber

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan fasiliti penyimpanan minyak milik syarikat Oiltanking Deutschland GmbH & Co. KG di Jerman. - OILTANKING DEUTSCHLAND GMBH&CO

LONDON – Sebilangan syarikat pengangkutan dan penyimpanan minyak di serata Eropah terpaksa berdepan dengan serangan siber, lapor badan penyiaran Britain (BBC)  kelmarin.

Sistem teknologi maklumat (IT)  telah tergendala di syarikat Oiltanking (Jerman), SEA-Invest (Belgium) dan Evos di Belanda.

Secara keseluruhan berpuluh-puluh terminal penyimpanan dan pengangkutan minyak di seluruh dunia terjejas dengan firma-firma terbabit melaporkan bahawa serangan siber itu berlaku pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, menurut pakar-pakar keselamatan siber, siri penggodaman itu belum pasti  merupakan serangan siber terancang.

BBC melaporkan bahawa sistem IT ketiga-tiga syarikat terbabit sama ada lumpuh atau tergendala dengan teruk akibat serangan siber itu.

Pendakwa raya Belgium berkata, pihaknya masih menyiasat serangan siber yang melumpuhkan terminal SEA-Invest termasuk fasiliti terbesarnya di Antwerp yang dinamakan SEA-Tank.

Seorang jurucakap syarikat itu berkata, serangan siber itu berlaku pada Ahad lalu dengan semua pelabuhan yang diuruskan oleh SEA-Invest di Eropah serta Afrika terjejas.

Pada Isnin lepas, syarikat Oiltanking Deutschland GmbH & Co. KG, yang menyimpan dan mengangkut minyak, bahan api kenderaan dan produk petroleum lain turut digodam.

Syarikat itu terpaksa beroperasi dengan kapasiti terhad dan masih menyiasat insiden tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI