fbpx

Santos gembira cipta nama dalam kancah Liga M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DOS SANTOS

PERANCANG tengah Penang FC, Endrick dos Santos enggan berasa selesa dengan prestasi semasa sebaliknya berharap dapat terus cemerlang dalam usaha membantu skuad Harimau Kumbang mencapai sasaran yang ditetapkan musim ini.

Endrick yang sudah berkelana dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) sejak 2018 mengakui, keputusan menyertai ­Penang FC dua tahun lalu berjaya melonjakkan namanya dalam kalangan peminat tempatan.

Pemain import dari Brazil itu berkata, kehadiran ke Malaysia ibarat langkah kanan untuk mencipta nama seiring dengan kejayaan yang diperoleh sejak bersama Felcra FC pada 2018, Selangor FC (2019) dan Penang FC ketika ini.

“Betul, bagi saya yang terbaik adalah di Penang sebab saya sudah berada di sini untuk tahun ketiga.

“Tetapi, saya juga melakukan tugas yang baik di Selangor sebelum ini, jadi dua tahun saya pernah beraksi dalam pasukan Liga Premier dan dua-dua (Felcra FC dan Penang FC) layak ke Liga Super selepas itu.

“Dan seterusnya pada Liga Super tahun lepas, siapa sangka kita berjaya untuk berada di tangga tiga terbaik, jadi saya rasa saya sudah melakukan tugas yang baik di Malaysia,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

Santos mengakui tugasnya adalah untuk mencipta umpa­nan buat penyerang utama, Casagrande menjaringkan gol tetapi jika memiliki ruang dan peluang, sudah pasti dirinya turut mahu berada dalam senarai penjaring.

“Saya menjaringkan lebih banyak gol pada musim 2020 berbanding tahun lepas di mana hanya empat gol sahaja dilakukan dengan keseluruhan 18 jaringan sejak 2018.

“Tetapi sebenarnya tugas saya adalah untuk memberi peluang kepada penyerang seperti Casagrande untuk dia melakukan jaringan dan harap musim ini dapat bersama dengan lebih kerap untuk saya bantu dia dan penyerang lain,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI