fbpx

PRN Johor: Hasni calon MB baharu jika BN menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid bersama Hasni Mohamad serta barisan kepimpinan BN hadir pada Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Barat di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor hari ini. - FOTO: RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Menteri Besar (MB), Datuk Ir. Hasni Mohamad akan dilantik sebagai MB baharu jika Barisan Nasional (BN) menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan tidak lama lagi.

Perkara itu disuarakan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada majlis pelancaran Majlis Pelancaran Jentera Barisan Nasional Pusat Operasi Zon Barat, di sini hari ini.

“Saya menjanjikan jika BN menang besar pada PRN kali ini, MB (Hasni) akan menjadi MB Baharu.

“Saya yakin, beliau harus diberi peluang sekali lagi untuk memegang jawatan sebagai MB Johor,” katanya ketika berucap pada pelancaran berkenaan malam ini.

Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Pengarah PRN Johor.

Turut hadir ialah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Bendahari BN, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Mohamed.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, pelantikan Hasni untuk mengemudi kerajaan negeri Johor sebagai langkah untuk memastikan manifesto BN pada PRN kali ini dapat dilaksanakan.

“Saya telah meneliti manifesto, saya percaya manifesto itu dapat dilaksanakan bukan hanya janji-janji palsu.

“Sebab itulah kita akan memastikan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Johor ini sebagai MB Johor baharu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI