fbpx

Kluster Pendidikan : JPN Melaka sedia tutup sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Rais Yasin.

MELAKA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bersedia menutup sesi persekolahan di negeri ini susulan gelombang Covid-19 membabitkan kluster pendidikan kini telah menular di 10 buah sekolah berasrama.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Teknologi Melaka, Datuk Rais Yasin berkata, keputusan penutupan itu bagaimanapun perlu bergantung kepada penilaian risiko yang dilakukan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD).

Katanya, terkini seramai 309 pelajar masih dikuarantin, manakala 86 yang lain telah selesai menjalani tempoh kuarantin kendiri.

“JPN telah mengambil langkah awal dengan menyediakan laporan, mengasingkan pelajar positif dan mengisolasikan kontak rapat serta melakukan sanitasi segera terhadap sekolah yang terlibat.

“Namun, JPN sentiasa bersedia dengan sebarang arahan dan saranan yang berkemungkinan diberikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) berhubung penutupan sesi persekolahan secara bersemuka,” katanya dalam satu kenyataan akhbar dikeluarkan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang masih menjalani kuarantin akan menduduki peperiksaan lisan Bahasa Melayu pada sidang kedua bulan April 2022. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI