fbpx

Impian pembangkang untuk kuburkan BN perlu dinafikan – Mohamad Hasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Hasan

ISKANDAR PUTERI – Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu bangkit pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini bagi menafikan impian pihak pembangkang yang mahu parti tersebut terkubur di tempat lahirnya di negeri itu.

Pengarah PRN Johor, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, jentera PRN Johor harus bekerja lebih keras bagi memastikan parti terus berdiri teguh kerana Johor merupakan negeri yang wajib ditawan semula.

Beliau berkata, PRN Johor akan menentukan masa hadapan BN di negeri ini dan keputusan pada PRN ini akan memberi impak besar kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) yang akan diadakan pada bila-bila masa.

“Ramai hendak lihat UMNO dan BN terkubur di Johor. Disebabkan itu banyak parti politik yang menyatakan keinginan untuk bertanding pada PRN Johor kali ini.

“Keinginan ini tidak akan tercapai di negeri tempat lahirnya UMNO. Jentera PRN Johor akan kerja keras termasuk adakan mesyuarat setiap malam di ‘Command Centre’ BN untuk lihat gerak kerja setiap hari,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera PRN Johor Wilayah Barat di Stadium Tertutup Educity Iskandar Puteri di sini hari ini.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi BN turut menyasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada lapan kerusi yang ditandingkan di empat bahagian Parlimen di zon Johor Barat.

Katanya, jentera parti tidak boleh sambil lewa dan menganggap kemenangan mudah di PRN Melaka turut akan berlaku di Johor.

Terdapat lapan kerusi DUN di empat bahagian Parlimen iaitu Pulai, Iskandar Puteri, Pontian dan Tanjung Piai yang terletak di dalam zon Johor barat.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI