fbpx

Permohonan banyak, bertindan punca lewat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika sidang akhbar khas pasca banjir hari ini. FOTO: ZULFADHLI ZAKI

SHAH ALAM – Permohonan yang tinggi di daerah Klang khususnya menyebabkan penyampaian Bantuan Selangor Bangkit (BSB) dan Bantuan Wang Ihsan (BWI) lewat.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini juga dipengaruhi faktor pertindanan permohonan yang dilakukan daripada keluarga sama menyebabkan semak silang perlu dilakukan bagi mengelakkan ketirisan berlaku dari segi pemberian sebanyak dua kali.

Katanya, berdasarkan rekod sebanyak 77,000 permohonan di daerah Klang dengan sebahagian dihantar lewat kerana membersihkan rumah dan baki 30,000 lagi permohonan belum diselesaikan.

“Saya ingin menyatakan maaf atas beberapa sebab sehingga menyebabkan berlakunya kelewatan ini.

“Kita akan menggandakan pemberian daripada 1,000 sebelum ini kepada 2,000 hingga 3,000 permohonan pada minggu depan.

“Kita menjangkakan dapat menyelesaikan kesemua permohonan di Klang pada 28 Februari ini. Ini kerana daerah lain hampir selesai dengan Petaling hanya tinggal 10,000 permohonan sahaja dan dijangka selesai minggu depan,” katanya pada sidang akhbar khas pasca banjir di hari ini.

Menurut Amirudin, setakat pagi tadi beliau dimaklumkan program BSB telah menerima 109,000 permohonan dengan melibatkan peruntukkan RM109juta dengan sebahagian besar di daerah Klang dan Petaling.

Beliau menjelaskan, mangsa banjir Selangor hanya perlu mengisi satu borang sahaja digunakan yang secara automatiknya akan mendapat BSB dan BWI.

“Sebenarnya, angka yang diuruskan pejabat daerah hampir satu juta setiap hari dan kena fikirkan faktor keselamatan dan lain agar wang yang ingin disampaikan kepada penerima dan sebagainya,” ujarnya.

Berhubung mekanisma atau kaedah penyerahan, Amirudin menjelaskan BSB adalah wang daripada kerajaan negeri disalurkan kepada pejabat tanah dan daerah serta senarai yang ada pada kerajaan negeri.

“Manakala BWI adalah wang dari Kerajaan Persekutuan yang diserahkan menerusi Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) tetapi disalurkan oleh pejabat daerah kerana tidak mahu senarai nama bertindan.

“Jadi, tidak timbul kerajaan negeri cuba memeram duit atau melewatkan saluran wang sebab kita melihat fasa demi fasa. Namun, saya mengucapkan terima kasih atas kolabrasi ini yang tidak berlaku di negeri lain,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI