fbpx

Nabila, Jasmine korbankan rambut demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NABILA HUDA dan Jasmine Suraya.

JIKA sudah namanya insan berjiwa seni, pasti akan sanggup melakukan apa sahaja demi karakter yang hendak dijayakan.

Komitmen sebesar itulah yang dipenuhi Nabila Huda dan Jasmine Suraya baru-baru ini.

Mizz Lahar lihat rambut mereka berdua sudah semakin pendek dan dipotong bagi merealisasikan watak yang diberikan.

Bagi Nabila, dia nekad memotong rambut bahagian depannya untuk watak Maimon bagi filem Telaga Suriram, manakala Jasmin pula bagi drama Ratu Tenpin 2 demi karakter Shalin Zulkkifli.

Kagum sungguh Mizz Lahar dengan dedikasi mereka berdua. Harapnya mereka akan berjaya menjiwai watak yang diberikan dengan cemerlang.

Jarang hendak lihat pelakon wanita sanggup memotong rambut demi karakter, selalunya ramai yang memakai rambut palsu sahaja.
Sebelum ini, Ayda Jebat, Janna Nick dan Fasha Sandha juga pernah memotong rambut demi karakter. Terbaiklah pelakon Malaysia.

MIZZ LAHAR: Ada khabar angin mengatakan seorang selebriti wanita sedang berperang dengan rakan baik yang juga pereka fesyen terkenal. Semoga berdamailah, tak lama lagi raya!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI