fbpx

Ops Selamat: 1,446 saman dikeluarkan di Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
OPERASI yang dijalankan JSPT Perak di beberapa kawasan sempena Opd Selamat 17/2022 Tahun Baharu Cina, semalam.

IPOH – Sebanyak 1,446 saman trafik dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya di seluruh negeri menerusi Ops Selamat 17/2022 sempena perayaan Tahun Baharu Cina, semalam.

Operasi bermula pukul 8 pagi hingga 7 petang itu disertai enam pegawai kanan dan 51 anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak.

Ketua JSPT Perak, Superintenden Azizan Hassan berkata, operasi itu diadakan menerusi sekatan jalan raya (SJR) di 12 lokasi di seluruh negeri antaranya ialah Pekan Bidor (Tapah), Jalan Kuala Kangsar-Gerik (Gerik), Jalan Haji Mohd. Ali (Manjung), Kilometer (KM) 5 dan KM9 Changkat Jong (Hilir Perak) serta KM10 Kuala Sepetang-Taiping (Taiping).

Katanya, lokasi lain ialah KM14.8 Simpang Pulai-Bluevalley (Ipoh), KM22 Jalan Ipoh-Lumut (Batu Gajah), KM24 Jalan Persekutuan Kuala Kangsar-Gerik (Kuala Kangsar), KM38 Jalan Ipoh-Lumut (Perak Tengah), KM72 Ipoh-Kuala Lumpur (Bidor) dan KM115 Jalan Ipoh-Butterworth (Kerian).

“Sebanyak 1,446 kenderaan diambil tindakan dengan memperlihatkan kesalahan memandu melebihi had laju merekodkan jumlah tertinggi sebanyak 1,247 saman.

“Ini diikuti saman membabitkan kesalahan nombor pendaftaran kenderaan dengan 65 saman, tali pinggang (42), tiada lesen memandu (35), lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh (23), telefon bimbit (7) dan tidak pamer P (6),” katanya dalam kenyataannya di sini hari ini.

Sementara itu beliau berkata, pihaknya turut menahan seorang lelaki atas kesalahan menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol dalam Ops Mabuk yang dijalankan di Jalan Sultan Azlan Shah, awal pagi semalam.

Katanya, lelaki Orang Asli berusia 31 tahun itu ditahan selepas ujian pernafasan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA) II mendapati kandungan alkohol dalam darah melebihi bacaan 53 mg/100 ml.

“Dalam operasi itu, sebanyak 57 saman dikeluarkan membabitkan nombor pendaftaran dengan 15 saman, tidak tampal L dan P (6), lampu brek ketiga (8), tiada lesen memandu (7), tali pinggang (7) dan gagal menunjukkan lesen (5),” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI