fbpx

Dicekup tunjuk bakat berlumba di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga remaja lelaki yang melakukan aksi merbahaya ketika di Lebuh Raya Seremban - Port Dickson ditahan dalam Ops Samseng Jalanan, semalam. - Foto IHSAN POLIS

SEREMBAN – Tindakan tiga lelaki yang berlumba di Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH) ketika cuti Tahun Baharu Cina membawa padah selepas mereka ditahan semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Shafiei Muhammad berkata, kesemua mereka yang berusia sekitar 20-an ditangkap oleh Skuad 42 JSPT IPK yang memulakan operasi pada pukul 4 petang.

Menurutnya, kesemuanya dikesan melakukan kesalahan memandu secara melulu, merbahaya dan bersaing sesama sendiri bermula dari KM 15.2 hingga KM 19 arah Port Dickson menghala ke arah Plaza Tol Lebuh Raya Seremban – Port Dickson (SPDH).

“Salah seorang daripada mereka dikesan melakukan aksi ala Superman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Shafiei berkata, permohonan reman akan dibuat dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI