fbpx

Cubaan sorok tenggiling dalam but kereta tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN tenggiling yang ditemui dalam but sebuah kereta di Bera, Pahang baru-baru ini. – Foto IHSAN PERHILITAN

PUTRAJAYA – Tindakan tiga individu yang cuba membawa seekor tenggiling dengan disorok dalam but sebuah kereta persendirian berjaya ditumpaskan di Bera, Pahang baru-baru ini.

Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan), kes itu dibongkar menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dilaksanakan di daerah tersebut.

“Hasil daripada pemeriksaan lanjut dilakukan, seekor tenggiling yang sengaja disembunyikan suspek terbabit dalam tempat penyimpanan barang kenderaan itu telah disita,” tambahnya.

Hidupan liar jenis mamalia bersisik itu ujarnya, disimpan individu berkenaan tanpa memiliki sebarang dokumen yang sah dikeluarkan daripada pihak Perhilitan Semenanjung Malaysia.

Kenyataan itu menjelaskan bahawa misi OBK tersebut turut melibatkan kerjasama agensi berkenaan dengan Pasukan Gerakan Am Polis Diraja Malaysia hasil maklumat orang awam.

Tiga suspek tersebut telah pun ditahan oleh pihak berkuasa bagi membantu proses penyiasatan selanjutnya berhubung kesalahan serius mengikut Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972.

Kes itu juga boleh didakwa di bawah Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 dengan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara hingga tujuh tahun. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI