fbpx

Se-young makan tak ingat dunia demi watak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SE-YOUNG

AKTRES Lee Se-young mendedahkan dia sanggup menaikkan berat badan demi menghidupkan watak dalam drama popular, The Red Sleeve.

Menerusi rancangan temu bual MBC Radio Star, pelakon itu menjelaskan dia berbuat demikian dek ingin mengubah wataknya daripada gadis berusia 18 tahun kepada wanita 30-an.

Maka disebabkan itulah, pelakon drama The Crowned Clown itu makan tidak ingat dunia sehingga berjaya menaikkan berat badan sebanyak 8 kilogram (kg).

“Saya makan makanan bergoreng seperti roti goreng dengan jem, gula dan mentega ketika penggambaran dijalankan.

“Selain itu, saya juga mengikuti nasihat rakan pelakon, Lee Junho dan makan dua potong kek keju setiap hari,” ujarnya.

Jelas aktres itu, dia ingin menampilkan imej yang lebih anggun dan berkelas bagi menjayakan watak sebagai permaisuri diraja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI