fbpx
Fadlan (kiri) ketika dibawa anggota polis ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Penumpang tikam, samun pemandu e-hailing diarah jalani pemeriksaan mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang penumpang lelaki tular yang menikam seorang pemandu e-hailing dalam kejadian samun minggu lalu diarah menjalani pemeriksaan psikiatri (mental) oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Mahyon Talib memerintahkan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Mohd. Irwan Sumadi yang mewakili tertuduh Fadlan Ahmad Fahimi, 24, supaya lelaki itu menjalani kesihatan mental.

Terdahulu, Fadlan yang bekerja sebagai juru pendawaian itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, Fadlan didakwa telah melakukan samun dan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap P.Kesavan, 45, di Jalan Sentul Pasar di sini pukul 1.30 tengah hari pada 24 Januari lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda atau sebat.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang tidak menawarkan sebarang jaminan dan Mohd. Irwan tidak bercadang untuk memohon jaminan terhadap tertuduh.

Sebaliknya peguam itu memohon supaya mahkamah membenarkan Fadlan menjalani pemeriksaan mental.

“Berdasarkan permerhatian kami sendiri dan video yang viral di media sosial kami mengesyaki bahawa tertuduh ini ada masalah kesihatan mental. Dalam video itu sekiranya itu adalah tertuduh..dia nampak berkelakukan aneh apabila nampak orang awam merakam, namun dia masih melakukannya (samun) dan tidak melarikan diri walaupun mukanya dirakam.

“Apa yang pihak kami dimaklumkan ibu tertuduh sendiri pernah beberapa kali cuba membawanya menjalani pemeriksaan mental namun tidak berjaya,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak hakim Mahyon membenarkan permohonan peguam itu dan menetapkan 4 Mac ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, tiga video mengenai kejadian itu tular di media sosial, memaparkan tindakan seorang lelaki menarik keluar individu dipercayai pemandu e-hailing yang mempunyai kesan darah di bahagian lehernya, sebelum melarikan diri dengan kereta mangsa. – K! ONLINE

POPULAR