fbpx
Gambar hiasan

Orang muda miskin bandar, gaji kurang RM2,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kos sara hidup yang tinggi dan kenaikan harga barang ketika ini menjadi punca ramai anak muda yang bekerja di ibu negara dianggap sebagai miskin bandar selepas gaji bulanan yang diterima mereka tidak mencukupi untuk menampung kehidupan harian.

Lebih mengejutkan, rata-rata golongan muda turut mendedahkan mereka langsung tidak mampu membuat sebarang simpanan bulanan selepas gaji sekitar RM1,800 hingga RM2,500 sebulan habis digunakan untuk perbelanjaan harian dan menjelaskan segala komitmen.

Golongan bujang itu terpaksa membayar sewa rumah yang semakin mahal di ibu kota, bil utiliti, menanggung kos pengangkutan pergi balik kerja dan melunaskan hutang pinjaman bank serta pendidikan.

Berdasarkan had pendapatan kemiskinan (PGK) terkini, mereka berpendapatan sekitar RM2,208 sebulan dikategorikan sebagai miskin bandar berbanding angka sebelum ini iaitu RM980 sebulan.’


Ramai anak muda di ibu kota mengalami tekanan perasaan akibat masalah kewangan. – GAMBAR HIASAN

Seorang kakitangan swasta, Effat Khuzairi, 29, ketika ditemui Kosmo! berkata, kehidupannya di ibu negara mengalami kesukaran memandangkan gaji yang dite­rima gagal memenuhi peningkatan kos sara hidup yang semakin tinggi.

“Walaupun saya adalah lepasan ijazah sarjana muda, namun itu bukan jaminan untuk hidup senang di ibu kota, sebaliknya saya perlu akur de­ngan penawaran gaji cuma sebanyak RM1,800 sebulan demi kelangsungan hidup.

“Selepas ditolak pemoto­ngan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), gaji yang dipe­roleh hanya RM1,600 dan jelas tidak mencukupi untuk menampung kehidupan selama sebulan di ibu kota,” katanya semalam.

Menurutnya, gaji itu juga perlu digunakan untuk membayar beberapa komitmen lain seperti pinjaman kereta seba­nyak RM360 sebulan, sewa bilik (RM300), bayaran pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) (RM100) dan bayaran bil utiliti (RM150).

“Selepas ditolak duit yang diberikan kepada ibu sebanyak RM120 sebulan, baki di tangan saya ada RM570 sahaja. Bayang­kan, bagaimana untuk saya hidup selama sebulan, lebih-le­bih lagi di bandar besar,” ujarnya.

Mereka yang berpendapatan RM2,208 sebulan kini dikategorikan sebagai miskin bandar.

Berpandangan sama, seorang lagi pekerja swasta, Rizaidi A­mien, 32, menyifatkan dirinya terpaksa ‘mengikat perut’ setiap kali hujung bulan selepas duit gaji habis digunakan untuk membayar komitmen.

“Secara kasarnya, separuh daripada gaji akan digunakan untuk bayaran komitmen bulanan seperti rumah, kereta, bil telefon dan PTPTN, selepas itu bakinya baru untuk hal-hal lain.

“Bagaimanapun, setiap kali hujung bulan, saya terpaksa ‘mengikat perut’ kerana masalah kewangan. Wang simpanan sebelum ini juga hampir susut dan saya tidak lagi mampu untuk menyimpannya setiap bulan,” ujarnya.

Rizaidi memberitahu, kea­daan itu menyebabkan dia terpaksa membuat kerja sampingan se­perti menjadi pemandu e-hai­ling pada hujung minggu bagi menjana pendapatan tambahan.

“Kalau bercakap tentang letih, saya memang penat, tidur pun kadangkala tidak cukup, tetapi saya tiada pilihan, sebab kos sara hidup di ibu kota memang tinggi dan gaji bulanan pun tidak mencukupi,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi anak muda, Nur Arina Amyra, 29, mengakui masalah kewangan yang dihadapi setiap bulan menyebabkan dia sering mengalami tekanan perasaan.

“Saya ini ibarat bekerja untuk membayar komitmen sahaja, setiap bulan selalu tertekan de­ngan situasi seperti ini. Kalau berlarutan, tidak mustahil saya juga akan mengalami gangguan emosi yang teruk.

“Ketika ini pun kebanyakan harga barang terutama bekalan bahan mentah makanan mengalami kenaikan. Restoran dan kedai makanan pun turut menaik­kan harga.

“Saya amat berharap ada inisia­tif yang akan dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti memberikan kupon pembelian bara­ngan khususnya bagi membantu me­ringankan beban golongan se­perti kami,” rayunya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN