fbpx

JPJ kesan laman Instagram tawar ‘lesen terbang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar akaun Instagram yang dikesan menawarkan lesen terbang. /FOTO IHSAN JPJ

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) menerima satu lagi laporan berkaitan pengiklanan yang menawarkan lesen memandu secara tidak sah atau ‘lesen terbang’ di media sosial.

JPJ menerusi hantaran di laman Facebook berkata, iklan itu dikesan aktif di laman Instagram menggunakan nama ‘iteacherconsultingofficial’.

Menurutnya, laman itu didapati menawarkan beberapa perkhidmatan termasuk lesen memandu yang mampu disiapkan dalam tempoh lima hari.

“Ia juga memberi jaminan bahawa permohonan itu direkodkan dalam sistem JPJ dan bayaran dibuat selepas lesen memandu siap dikeluarkan.

“Kami memandang serius terhadap sindiket lesen terbang ini dan siasatan lanjut akan dilakukan,” katanya.

Jelas beliau, pihaknya akan melaporkan perkara itu kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Dalam hal ini, JPJ menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dan menghubungi pejabat JPJ yang berdekatan bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan sahih. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI