fbpx
VLAHOVIC sah menyertai Juventus dari Fiorentina dengan kontrak sehingga Jun 2026. – AFP

Vlahovic pilih terima tawaran Juventus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TURIN – Dusan Vlahovic akhir­nya menamatkan spekulasi mengenai masa depannya apabila melengkapkan perpindahan bernilai £62 juta (RM348.24 juta) dari Fiorentina ke Juventus kelmarin.

Pemain berusia 21 tahun itu kuat dikaitkan dengan perpindahan ke London untuk me­nyertai Arsenal sebelum ini tetapi membuat keputusan untuk terus kekal di Itali bersama Juventus.

Vlahovic yang meledak 20 gol dalam 24 aksi bersama Fiorentina dilaporkan telah bersetuju dengan beberapa terma peribadi dan kontrak yang ditandatanganinya menyaksikan dia meraih pendapatan sebanyak £5.8 juta (RM32.58 juta) semusim di Stadium Allianz.

Juventus mengakui sangat gembira apabila berjaya memenangi persaingan merebut khidmat Vlahovic sambil mengakui bahawa pemain terbaik di Serie A menyertai kelab berkenaan adalah suatu yang normal.

“Kemampuan fizikal, teknik permainan yang dimiliki, kehebatan, kelas semuanya penting untuk menjadikannya pemain terbaik. Ketenangan ketika di hadapan gol juga membuatkan Vlahovic menarik minat kami.

“Dia juga seorang penyerang yang tajam di dalam kotak pe­nalti. 41 daripada 44 gol yang dija­ringkannya dalam saingan Serie A bersama Fiorentina dilakukan dalam kotak penalti selain kemampuannya melakukan percubaan dengan baik.

“Statistik ini menunjukkan bahawa dia adalah seorang penggempur yang kami mahukan dan dia perlu bersama kelab ini,” kata ke­nyataan yang dikeluarkan oleh Juventus.

Keputusan Vlahovic memilih Juventus menyebabkan Arsenal terpaksa berputih mata dan perlu mengalihkan tumpuan mereka kepada beberapa penyerang lain termasuk Alexan­der Isak, Victor Osimhen, Luka Jovic dan Dominic Calvert-Lewin bagi menggantikan Pierre-Emerick Aubameyang. – AGENSI

POPULAR