fbpx

Pemasaran gagal, pelanggan tidak nampak bisnes anda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sertai klinik usahawan kendalian Azizan pada 4 hingga 6 Mac ini.

SHAH ALAM – Isu sering dihadapi ramai usahawan di luar sana adalah apabila produk atau perkhidmatan ditawarkan tidak disedari bakal pelanggan.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, isu tersebut merupakan masalah yang selalu dihadapi usahawan di luar sana.

Katanya, ramai daripada mereka terutamanya yang masih baharu tidak tahu cara yang betul dan berkesan bagi memasarkan bisnes dijalankan.

“Banyak bisnes menjual produk atau perkhidmatan sama, soalnya apa yang membezakannya dengan yang lain?

“Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman menekankan kepentingan pemasaran untuk perniagaan yang umpama oksigen bagi setiap manusia,” katanya kepada pemberita semalam.

Tambah Radz, masalah pemasaran tidak hanya datang disebabkan keadaan semasa, sebaliknya ia hadir hasil daripada tindakan usahawan sendiri.

“Sebab itu penting setiap usahawan memantapkan ilmu dan strategi dalam soal penjenamaan dan pemasaran.

“Sehubungan itu, kami menjemput bangsa usahawan untuk bersama Azizan dalam Siri Klinik Usahawan Berani Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 secara percuma pada 4 hingga 6 Mac nanti,” jelasnya.

Maklumat lanjut boleh didapati di binabisnesberjaya.com atau imbas kod QR tertera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI