fbpx

Azizan Osman bantu usahawan setiap Ahad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azizan akan berkongsi ilmu dan kepakaran beliau dalam membimbing usahawan setiap Ahad, pukul 8 pagi.

SHAH ALAM – Mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman akan meluangkan masa sekitar sejam pada setiap pagi Ahad bagi membantu bangsa usahawan di negara ini.

Menurut Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd., inisiatif tersebut dijalankan bagi memberikan idea dan panduan yang boleh membantu terutama mereka yang sedang berdepan cabaran masa ini.

“Insya-Allah, Dr. Azizan akan kongsikan ilmu dan kepakaran beliau dalam membimbing usahawan setiap Ahad, pukul 8 pagi.

“RichWorks terpanggil untuk berkongsikan kepakaran kami dalam membangunkan usahawan di negara sejak 15 tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Pada Khamis lalu, Azizan diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia.

Tambah Radz, peluang yang disediakan diharapkan digunakan sepenuhnya oleh usahawan dalam negara bagi persiapan mereka memasuki tahun baharu.

“Kami percaya, meskipun dengan cabaran yang mendatang usahawan sebenarnya dapat bangkit dan berdepan dengan baik.

“Bila mana mereka ada bimbingan dengan ilmu dan strategi yang betul, insya-Allah,” jelasnya.

Untuk ikuti sesi khas itu, usahawan boleh sertai dalam saluran Telegram Azizan Official melalui pautan t.me/AzizanOsmanOfficial.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI