fbpx
Keadaan motosikal mangsa yang remuk selepas bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi di Batu 8, Jalan Kota Bharu - Machang, Kota Bharu pagi tadi. FOTO: IHSAN POLIS

Maut selepas tercampak sejauh 45 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas maut selepas tercampak sejauh 45 meter apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Batu 8, Jalan Kota Bharu-Machang dekat Kadok di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 pagi itu, mangsa, Mohd. Nawi Dollah, 64, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd. Suhaimi Ali berkata, siasatan awal mendapati, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha Ego dan tidak memakai topi keledar dipercayai membelok keluar dari simpang di Sekolah Kebangsaan Kadok menghala ke Kota Bharu.

Keadaan sebuah kereta Perodua Myvi selepas merempuh motosikal ditunggang mangsa di Batu 8, Jalan Kota Bharu – Machang, Kota Bharu pagi tadi. FOTO IHSAN POLIS

Menurutnya, pada masa sama, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah Machang ke Kota Bharu telah mengelak ke kanan jalan raya sebelum bertembung dengan motosikal ditunggang mangsa.

“Insiden itu menyebabkan mangsa tercampak sejauh 45 meter ke laluan bertentangan.

“Siasatan awal mendapati, kejadian dipercayai berpunca daripada kecuaian mangsa kerana keluar dari simpang tanpa memastikan keselamatan diri sehingga menyebabkan berlaku kemalangan,” katanya katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Suhaimi, mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

POPULAR