GAMBAR fail menunjukkan keadaan Apartmen Sri Duta 1 yang diancam tanah runtuh ekoran hujan lebat pada 27 Disember lalu.

Tanah mendap: Arahkan semua PBT perinci kawasan berisiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Kerajaan negeri perlu mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) supaya menjalankan pemeriksaan terperinci di seluruh kawasan yang berisiko tinggi berlaku tanah runtuh atau mendap di Selangor.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan (REACH), Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, perkara itu dianggap perlu dilakukan ekoran kejadian tanah mendap dan runtuhan di Lestari Perdana, Seri Kembangan kelmarin.

Kata beliau, pihaknya mengalukan pengumuman bahawa satu kajian akan dilakukan pihak berkuasa ke atas kawasan di lokasi kejadian namun ia masih tidak memadai.

“Demi keselamatan rakyat, kajian perlu dilakukan di seluruh Selangor supaya kejadian seumpama itu tidak berulang di tempat lain.

“Terdapat banyak kawasan berisiko tinggi berlaku tanah runtuh atau mendap dan pemeriksaan segera perlu dilakukan selain pemantauan yang berterusan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, sebanyak 17 deretan kedai di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana diarah untuk dikosongkan sementara waktu susulan kejadian tanah mendap di kawasan berkenaan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN