fbpx

Sistem tempahan janji temu PICKids dibuka hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi bercakap pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan, Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Ibu bapa atau penjaga boleh membuat janji temu untuk menyertai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kanak-kanak atau PICKids bermula pada hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan I, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali berkata, sistem tempahan melalui aplikasi MySejahtera telah dibuka bagi memudahkan mereka mendaftar janji temu vaksinasi.

“Ia akan dimuat naik melalui Play Store yang boleh diakses dalam masa terdekat dan mereka boleh pilih lokasi serta masa sesuai divaksin,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

PICKids bakal bermula terlebih dahulu di Lembah Klang pada 3 Februari depan dan setakat hari ini, seramai 484,639 kanak-kanak berusia lima tahun hingga 12 tahun sudah mendaftar.

Proses itu dilakukan ibu bapa dengan meletakkan nama anak mereka di bawah tanggungan seperti PICK Remaja yang dilancarkan Kementerian Kesihatan (KKM) pada 8 September 2021 lalu.

Mengulas lanjut, Noor Ghazali berkata, ibu bapa atau penjaga perlu mengambil tiga langkah untuk tempahan janji temu dengan pertama mesti telah mengemas kini aplikasi MySejahtera.

“Kemudian kena daftar anak sebagai tanggungan dan bagi mereka yang tinggal di Lembah Klang akan terlebih dahulu menerima pautan untuk membuat tempahan tersebut,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI