fbpx

[VIDEO]10 kenderaan rosak dihempap pokok, bumbung parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kenderaan yang rosak akibat dihempap pokok dan bumbung parkir sebuah pasar raya sekitar Seksyen 13, petang ini.

SHAH ALAM – Hujan lebat dan angin kencang mengakibatkan 10 kenderaan orang awam rosak akibat dihempap pokok dan bumbung dalam dua kejadian berasingan di sekitar Seksyen 13 di sini, petang tadi.

Kejadian itu melibatkan Jalan Subang berdekatan Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) dan kawasan parkir sebuah pasar raya kira-kira pukul 5 petang. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerusi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam bersama jentera bergegas ke lokasi kejadian pertama di Jalan Subang.

“Pemeriksaan mendapati dua kenderaan dihempap pokok yang tumbang di jalan menuju ke Lebuh Raya Persekutuan berkenaan.

“Namun, tiada mangsa cedera dan mereka berjaya keluar sebelum ketibaan bomba,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Beliau menambah, kerja pemotongan masih giat dijalankan dan laluan berkenaan terpaksa ditutup kepada semua kenderaan setakat ini.

Dalam pada itu, Norazam memberitahu, sebanyak lapan kenderaan rosak selepas dihempap bumbung parkir sebuah pasar raya.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI