fbpx

Tiada plasebo dalam vaksin Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan, tiada penggunaan sebarang plasebo dalam vaksin Covid-19 Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan sekali gus tuduhan yang dibuat berhubung dakwaan penggunaannya adalah tidak benar.

Menurut kenyataan KKM, pihaknya memandang serius tuduhan sebuah video pada laman Facebook dan menjelaskan, semua produk farmaseutikal termasuk vaksin yang telah diluluskan oleh Pihak berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dihasilkan melalui pengilang yang mematuhi standard antarabangsa seperti Amalan Perkilangan Baik (GMP), Pharmaceutical Inspection Co-operation Scheme (PIC/S) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Pemantauan kualiti produk dilakukan sepanjang proses pengilangan iaitu ujian kawalan kualiti akan dijalankan pada setiap kelompok sebelum dipasarkan. Bagi produk berdaftar, ia hanya mengandungi bahan aktif dan eksipien yang telah diperakukan oleh PBKD untuk dipasarkan dan bukan sejenis plasebo.

“Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga menilai dokumen pengilangan dan melakukan pemeriksaan rangkaian sejuk bagi setiap kelompok produk vaksin Covid-19 melalui proses Lot Release dengan ketat bagi memastikan kandungan dan kualiti produk vaksin adalah terjamin,” katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, KKM akan membuat laporan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.

Dalam masa sama, kenyataan itu menyebut, penggunaan plasebo adalah merupakan satu keperluan dalam sesebuah kajian klinikal dan ia merupakan intervensi yang tidak mengandungi komponen aktif yang dapat merawat atau mencegah sesuatu penyakit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI