fbpx

Saintis terkejut zarah nanoplastik ada di kutub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARAH nanoplastik dikesan sehingga ke bawah teras ais di kawasan kutub. – GAMBAR HIASAN

PENCEMARAN nanoplastik telah dikesan di kawasan kutub buat kali pertama dan situasi itu menunjukkan bahawa zarah-zarah kecil itu kini telah berada di seluruh dunia.

Analisis teras daripada kawasan ais di Greenland menunjukkan, pencemaran nanoplastik telah mencemarkan kawasan terpencil itu selama lebih 50 tahun.

Para penyelidik juga terkejut apabila mendapati, satu perempat daripada zarah itu berasal daripada tayar kenderaan.

Zarah yang sangat ringan itu dikatakan bertiup ke Greenland melalui angin dari bandar-bandar di Amerika Utara dan Asia.

Nanoplastik yang ditemui pada ais di MaMurdo Sound di Antartika berkemungkinan telah dibawa oleh arus laut ke benua terpencil itu.

Plastik adalah sebahagian daripada pencemaran kimia yang melanda planet ini dan melepasi had selamat untuk manusia.

Pencemaran plastik turut ditemui dari puncak Everest hingga ke lautan.

Orang ramai dikhuatiri secara tidak sengaja telah menyedut mikroplastik dan kajian mendapati, zarah tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada sel manusia.

Ketua penyelidik dari Universiti Utrech di Belanda, Dusan Materic berkata, pihaknya mengesan zarah nanoplastik di sudut paling jauh di Bumi iaitu di kedua-dua kawasan kutub selatan dan utara.

“Nanoplastik sangat aktif secara toksik berbanding mikroplastik.

“Kejutan bagi kami bukanlah hanya baru dapat mengesan nanoplastik di sini, tetapi kami mengesannya sehingga ke bawah teras ais,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI