fbpx

Penolong akauntan songlap RM100,000 ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang penolong akauntan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor kerana disyaki melakukan penyelewengan wang berjumlah hampir RM100,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 50 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pada pukul 3 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek bertanggungjawab dalam menguruskan akaun pejabatnya yang berpusat di sebuah daerah telah menyeleweng wang tersebut untuk kepentingan diri, pada tahun 2016 hingga 2018.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat dibawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok untuk pertuduhan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI