fbpx

[VIDEO] Pemuda berselisih ajal empat saat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar situasi dialami mangsa yang nyaris dilanggar lori dalam satu kemalangan kelmarin.

PETALING JAYA- Pantang maut sebelum ajal. Itu mungkin ungkapan paling sesuai bagi menggambarkan situasi dialami seorang penunggang motosikal apabila dia berjaya menyelamatkan diri daripada digilis sebuah lori kelmarin.

Menerusi satu rakaman video berdurasi 16 saat yang tular di laman media sosial semalam, kejadian itu dilaporkan berlaku kelmarin kira-kira pukul 4.17 petang.

Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan, namun punca kemalangan dikaitkan dengan jalan licin akibat hujan.

Berdasarkan video itu, pemuda berkenaan dilaporkan terjatuh daripada motosikalnya ketika menunggang motosikal dalam keadaan hujan.

Namun, dia sempat bangun semula dan menyelamatkan diri dalam masa empat saat bagi mengelakkan dirinya digilis lori yang datang dari arah belakang.

Pemuda itu juga dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan serius memandangkan dapat berjalan seperti biasa selain sempat menuju ke arah motosikalnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen melahirkan rasa syukur selepas pemuda itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat kemalangan berkenaan.

“Nasib baik tiada kereta yang lalu dekat lorong yang dia lari itu,” kata @mhdnrfd.

“Ya Allah seramnya, sudahlah hari-hari bawa motor,” luah @baemok.

“Boleh bayangkan berada dalam keadaan dekat dengan maut, dia mesti trauma,” ujar @shfqahhhh. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI