fbpx
WAN Mohammad Zaidi Wan Isa memeriksa perbarisan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Pahang di Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2022, di Ibu Pejabat JBPM Indera Mahkota, Kuantan, hari ini. Foto DIANA SURYA ABD WAHAB

Pemancing, pemburu punca kebakaran di hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Aktiviti memancing dan berburu di hutan yang dilakukan segelintir individu tidak bertanggungjawab antara punca utama dikenalpasti berlakunya kebakaran hutan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ir. Dr. Wan Mohammad Zaidi Wan Isa berkata, kumpulan tersebut sering meninggalkan tapak persinggahan mereka ketika di dalam hutan tanpa memastikan unggun api dipadamkan sepenuhnya hingga boleh mencetuskan kebakaran.

Jelasnya, kejadian kebakaran besar yang berlaku di Rompin dan Muadzam Shah tahun lalu adalah berpunca daripada unggun api yang tidak dipadamkan sepenuhnya.

“Aktiviti berburu dan memancing dalam hutan ini boleh mencetuskan kejadian kebakaran hutan dan ia bermula apabila kumpulan ini tidak memadamkan terlebih dahulu unggun api sebelum beredar.

“Unggun api yang terbiar itu menjadi punca nyalaan dan akhirnya merebak ke kawasan berhampiran, ini berdasarkan apa yang berlaku tahun lalu,” katanya selepas merasmikan Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2022 JBPM Pahang di Ibu Pejabat JBPM negeri, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Wan Mohammad Zaidi berkata, pengguna jalan raya khususnya yang merokok di dalam kenderaan diingatkan tidak membuang puntung rokok masih menyala ke bahu jalan dipercayai boleh mencetuskan kebakaran.-K! ONLINE

POPULAR