fbpx

Isteri tanggung sakit hidap STD gara suami songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Hidup bahagia selamanya bersama pasangan merupakan satu harapan sebuah perkahwinan sewaktu terlafaznya akad ikatan yang suci sebagai suami isteri.

Namun, berbeza dengan kisah rumah tangga yang dikongsikan oleh seorang wanita menerusi sebuah program bual bicara apabila dia mendedahkan suaminya menjalinkan hubungan songsang bersama lelaki lain sehingga memberi kesan kesihatan kepada dirinya.

Dia yang pada awalnya terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya mempunyai nafsu songsang dan merasa tidak bahagia setelah lapan tahun berkahwin.

Menurut perkongsian wanita itu, dia mengenali dengan suaminya menerusi orang ketiga dan setahun kemudian, mereka memutuskan untuk bertunang dan bernikah setelah dipersetujui oleh kedua-dua keluarga.

“Kalau ikutkan pada asal tu berkahwin atas dasar restu kedua ibu bapa bukan sebab cinta sebab saya tak kenal dia sebelum itu,” katanya.

Lebih memeritkan hidupnya, apabila suaminya itu tidak pernah memberi nafkah sepanjang mereka mendirikan rumah tangga, malah sering dimaki dengan kata-kata kesat oleh suami.

Katanya, dia tidak pernah menyangka suaminya itu sebenarnya bernafsu songsang sehinggalah suatu hari dia merasa kurang sihat dan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor.

“Selepas keputusan kesihatan keluar, saya dapat tahu yang saya ada penyakit kelamin (STD) Radang Pelvis.

“Masa itu saya tak syak lagi yang dia ada hubungan terlarang ke apa saya hanya ingat yang dia beronani sendiri sebab saya jumpa minyak dalam bilik dan apabila ditanya memang dia tak pernah jawab dan saya tidak tahu mengenai kehidupan dia di luar,” ujarnya.

Dalam pada itu, keadaan wanita tersebut semakin serius dan memerlukan rawatan susulan di hospital dan akhirnya, punca sebenar penyakitnya telah dimaklumkan oleh doktor dan dia yakin bahawa suaminya ada menjalinkan hubungan terlarang.

“Sebelum kahwin salah seorang kenalan dia bagitahu suami saya pernah ikut serta kumpulan LGBT dan saya pernah cakap dengan dia yang saya nak berpisah sebab saya tak nak terus dia jadi beban dalam hidup serta emosi saya terganggu.

“Saya bertahan sebab keluarga dan silap saya sebab saya masih berharap dengan orang yang salah. Saya ingatkan dia akan berubah,” tambahnya lagi.

Sebagai jalan penyelesaian, mereka akhirnya membuat keputusan untuk berpisah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI