fbpx

Berjuta-juta orang di Asia Tengah terputus bekalan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pemandangan dari bandar raya Almaty di Kazakhstan. - AFP

ALMATY, Kazakhstan – Berjuta-juta orang terputus bekalan elektrik di tiga negara Asia Tengah hari ini susulan insiden yang tidak dinyatakan secara jelas, kata beberapa pegawai di rantau bekas Kesatuan Soviet berkenaan.

Ibu negara Kyrgyzstan dan Uzbekistan di samping hab ekonomi Kazakhstan, Almaty mengalami gangguan bekalan elektrik sekitar waktu makan tengah hari (waktu tempatan) dengan media dan pegawai-pegawai melaporkan, masalah tersebut turut merebak ke beberapa wilayah lain di tiga negara berkenaan.

Kementerian Tenaga Uzbekistan menyatakan dalam satu kenyataan di saluran Telegram rasminya bahawa gangguan elektrik itu berpunca daripada kemalangan pada grid kuasa di Kazakhstan.

“Disebabkan kemalangan pada grid kuasa di Republik  Kazakhstan, berlaku gangguan bekalan elektrik di bandar Almaty, Shymkent, Taras dan rantau Turkestan serta kawasan sekitarnya.

“Grid kuasa Uzbek yang berhubung dengan Grid Kuasa Pusat rosak akibat kemalangan tersebut,” kata kenyataan itu. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI