fbpx

PRN langkah terbaik menstabilkan politik di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor merupakan langkah terbaik bagi mengembalikan kestabilan politik di negeri itu sekali gus membolehkan rakyat menerima perkhidmatan terbaik daripada kerajaan yang dipilih.

Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn berkata, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi sekiranya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak hadir ke persidangan Dewan Negeri bagi mengundi Rang Undang-Undang (RUU) atas pelbagai sebab yang tidak dapat dielakkan.

“Kerajaan akan menjadi lumpuh sekiranya pembentangan bajet atau RUU yang melibatkan rakyat tidak dapat diluluskan kerana ketidakhadiran seorang sahaja di pihak kerajaan.

“Situasi itu akan menyukarkan Kerajaan Negeri Johor untuk menjalankan urusannya terutama berkaitan isu kesihatan, ekonomi dan pendidikan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya, PRN Johor adalah langkah untuk menstabilkan kerajaan dan UMNO tidak wajar dituduh oleh pembangkang sebagai gila kuasa dan tidak memahami kesusahan rakyat.

“Bagaimana Pakatan Harapan (PH) boleh menuduh UMNO gila kuasa sedangkan parti ini sedang memerintah dan Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih siapa yang mereka kehendaki mentadbir negeri ini.

“Pemergian bekas Menteri Besar, Datuk Osman Sapian secara tidak langsung telah mewujudkan ketidakstabilan dari segi kedudukan di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.

PH Johor semalam menyatakan bahawa tindakan mencetuskan PRN oleh UMNO sebagai helah untuk ambil kesempatan ketika ramai rakyat di negeri ini yang berhadapan kesukaran untuk pulang mengundi.

Pada masa sama, mereka turut mempersoalkan tindakan itu yang dibuat tanpa mengambil kira keadaan kesihatan dan ekonomi negeri menjadi lebih stabil. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI