fbpx

PM akan pengerusikan mesyuarat NACCOL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (tengah) menegaskan kerajaan prihatin dengan isu kenaikan harga barangan yang dihadapi rakyat ketika ini.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berkenaan isu kenaikan harga barangan.

Berkaitan perkara tersebut, tegas beliau, kerajaan prihatin mengenai isu kenaikan harga barang berkenaan.

“Kerajaan komited memastikan isu ini segera ditangani demi kesejahteraan Keluarga Malaysia,” katanya menerusi satu ciapan di laman Twitter hari ini.

Kosmo! pada Isnin lalu melaporkan tentang kenaikan harga barang dan perkhidmatan yang menjadi punca golongan pekerja dan peniaga tertekan.

Tinjauan yang dilakukan mendapati perbelanjaan bulanan kini meningkat antara RM100 hingga RM300 berikutan pertambahan harga barangan yang didakwa bermula hujung tahun lalu sehingga ke hari ini.

Sebagai contoh, harga nasi lemak bungkus meningkat kepada RM2 berbanding RM1.80 tahun lalu, manakala servis mencuci kereta pandu lalu meningkat daripada RM5 kepada RM8. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI