fbpx

Empat helikopter AW139 perkasakan mobiliti TUDM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ackbal melihat helikopter AW139 semasa melawat ke No 3 Skuadron di Pangkalan TUDM Butterworth baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Dua lagi helikopter AW139 akan diterima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tahun ini menjadikan empat buah kesemuanya bagi menggandakan kegunaan sedia ada.

TUDM menerusi hantaran pada laman Facebook rasmi memberitahu, kedua-dua pesawat yang bakal diterima pada Februari dan April depan.

Menurut kenyataan tersebut, kesemua pesawat dioperasikan oleh Skuadron No. 3 terletak di Pangkalan TUDM Butterworth, Pulau Pinang yang sebelum ini menggunakan helikopter Sikorsky S-61 Nuri.

“Penerimaan helikopter AW139 secara sewaan ini adalah berkonsepkan ‘Government Operate, Company Own and Maintain’ (GOCOM) dari pihak Westar Aviation Services Sdn. Bhd.

“No. 3 Skuadron masih dalam fasa latihan yang melibatkan lapan juruterbang dan empat orang kuartermaster udara di PWN Excellence, Subang, Selangor,” ujar kenyataan itu.

Menerusi paparan itu, Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad dilaporkan telah melawat skuadron berkenaan bagi majlis pengenalan dua helikopter AW 139 minggu lalu.

Helikopter jenis sama turut digunakan oleh Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Kerajaan pada Disember 2020 memutuskan menyewa helikopter untuk TUDM sebagai rancangan jangka pendek bagi menggantikan Nuri sementara menunggu perolehan pesawat baharu.

Kos penyelenggaraan yang terlalu mahal selain usia yang sudah terlalu uzur merupakan faktor utama operasi Nuri dihentikan.

TUDM dijangka melakukan perolehan 24 buah helikopter baharu secara berperingkat-peringkat menerusi Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) dan RMK-14 dalam melaksanakan operasi mobiliti udara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI