fbpx

Pemandu maut, penumpang parah kereta terputus dua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang meragut nyawa seorang pemandu di Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Perdana menghala Cheras, dekat sini hari ini.

AMPANG JAYA – Seorang pemandu maut manakala seorang lagi parah selepas kereta jenis Honda Civic yang dinaiki mereka terputus dua selepas merempuh pembahagi jalan di Lingkaran Tengah 2 (MRR2) Pandan Perdana menghala Cheras, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.40 pagi itu, pemandu yang berusia 33 tahun mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penumpang yang parah pula dikejarkan ke Hospital Ampang untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika kereta Honda Civic terbabit dalam perjalanan dari Pandan Indah menghala Pandan Perdana cuba memotong sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Ketika sedang memotong, pemandu Honda Civic tidak dapat mengawal kenderaannya lalu hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di lorong paling kanan.

“Akibat rempuhan kuat, kereta Honda Civic yang dinaiki dua lelaki itu terputus dua menyebabkan pemandunya tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera teruk pada bahagian kepala,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki yang duduk di bahagian penumpang turut cedera parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

“Bagaimanapun pemandu Perodua Myvi yang berusia 36 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan keretanya hanya rosak sedikit akibat terlanggar serpihan daripada Honda Civic tersebut,” ujarnya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (PINDAAN) 2020.

“Saksi bebas yang menyaksikan kejadian tersebut diminta tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Navine Gunasegaran ditalian 012-6436327,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI