fbpx

100 mesin bitcoin dirampas di Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS berjaya merampas sebanyak 100 buah mesin bagi aktiviti melombong matawang digital, Bitcoin dalam serbuan di sebuah premis tiga tingkat di Ayer Itam, George Town di sini 15 Januari lalu.

GEORGE TOWN – kegiatan licik dua lelaki menjalankan aktiviti melombong matawang digital, bitcoin di sebuah rumah kedai tiga tingkat di Ayer Itam di sini sejak 1 Januari lalu akhirnya terbongkar apabila ditahan polis minggu lalu.

Suspek berusia 27 dan 36 tahun diberkas sepasukan polis dari Balai Polis Bandar Baru dalam operasi Ops Letrik TNB yang dijalankan kira-kira pukul 3.30 pagi bersama Unit SEAL Tenaga Nasional Berhad (TNB) Zon Utara.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 100 buah mesin mining bitcoin bersama kelengkapan komputer sedang beroperasi di premis berkenaan.

Menurutnya, siasatan awal pihak TNB juga mendapati berlaku penyambungan haram bagi tujuan mencuri bekalan elektrik.

“Dua lelaki diberkas di kawasan Ayer Itam selepas disyaki terlibat dalam kes tersebut. Anggaran kerugian yang dilaporkan TNB adalah sebanyak RM24,000.

“Pemeriksaan terhadap tangkapan yang berasal dari negeri ini mendapati tiada sebarang rekod jenayah lampau manakala ujian saringan air kencing juga didapati negatif,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau memberitahu, suspek kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (kesalahan curi) dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kesalahan khianat). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI