fbpx

Peniaga temui kalimah Allah pada telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Garisan pada kulit telur ini dikatakan menyerupai kalimah Allah. - Tribunnews

JAKARTA – Seorang penjual telur ayam di Kabupaten Banjarnegara, wilayah  Jawa Tengah terkejut apabila menemui sebiji telur yang memiliki kalam mirip nama Allah, lapor Tribunnews, semalam.

Menurut Karyanto, dia menyedari keunikan telur tersebut ketika mengemas stok telur di kedainya baru-baru ini.

Selain kaligrafi tulisan Allah, kulit telur itu juga berwarna putih, lebih tebal dan berbeza daripada  telur ayam biasa.

“Jika diperhatikan,  garisan-garisan yang timbul pada kulit telur ini seperti tertera nama  Allah.

“Ini adalah satu penemuan yang sangat istimewa, jadi saya tidak akan jual telur ini dan akan menyimpannya,” kata Karyanto.

Tambahnya, ini adalah kali pertama dia menemui telur dengan kalimah Allah selepas bertahun-tahun menjalankan perniagaan menjual telur ayam. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI