fbpx

MPBP batal lesen kilang edar stoking kalimah Allah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MPBP membatalkan lesen kilang mengedar stoking tertera kalimah Allah serta-merta.

BATU PAHAT – Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) membatalkan lesen Kilang Xin Jian Chang Sdn Bhd yang beroperasi di kawasan perindusterian Sri Gading dan dikaitkan dengan pengedaran stoking tertera kalimah Allah.

Pembatalan itu sebagai tindakan terhadap pengedaran stoking yang tertera kalimah Allah sehingga menimbulkan kontroversi selepas ditemukan dijual di pasar mini KK Mart di Sunway, Selangor, baru-baru ini.

MPBP dalam hantaran menerusi laman sosial Facebook rasminya memaklumkan, satu notis pembatalan lesen berkenaan sudah diserahkan kepada Pengarah Urusan Xin Jian Chang, Soh Hui San.

“Menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor. MPBP mendokong penuh titah DYAM Pemangku Sultan Johor bagi terus mempertahankan kemuliaan Islam di negeri Johor.

“MPBP pada 20 Mac 2024 lebih kurang jam 11.30 pagi diketuai oleh Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat bersama sembilan pegawai dan anggota Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat serta MPBP telah membuat pemeriksaan menyeluruh ke atas empat premis perniagaan KK Supermart dan Superstore di Batu Pahat.

“Hasil siasatan mendapati empat premis berkenaan tidak mempunyai barangan yang dimaksudkan, iaitu stoking yang tertera kalimah Allah di premis tersebut,” menurut kenyataan tersebut.

Terdahulu, pihak pengurusan kilang tersebut tampil memohon maaf kepada rakyat Malaysia menerusi kain rentang yang digantung di pintu pagarnya semalam atas kejadian itu.

Pada kain rentang berkenaan juga pihak kilang berjanji akan memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga, keharmonian terpelihara selain meningkatkan usaha bagi kawalan kualiti.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI