fbpx

Antartika tidak selamat daripada virus Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR tidak bertarikh menunjukkan pangkalan La Esperanza milik Argentina yang terletak di Benua Antartika.- WIKIMEDIA

BUENOS AIRES, Argentina – Koronavirus buat pertama kali sampai ke sebuah pangkalan penyelidikan milik Argentina di Antartika, menyebabkan sembilan kakitangan tidak divaksin dipindahkan selepas  positif ujian Covid-19, kata seorang pegawai kelmarin.

“Seramai 24 daripada 43 saintis dan anggota tentera yang mendiami  pangkalan La Esperanza itu telah dijangkiti koronavirus.

“Sembilan daripada 24 orang itu tidak mengalami simptom dan mereka dipindahkan ke Buenos Aires dengan menggunakan helikopter sebagai langkah berjaga-jaga,” kata pegawai Direktorat Antartika Nasional, Patricia Ortuzar.

Kesemua mereka berada di Antartika sejak sebelum Argentina memulakan kempen vaksinasinya pada 2021. Sebelum ini, mereka dijadualkan berkunjung ke  Buenos Aires untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19. 

Penangguhan tersebut adalah kerana mereka bimbang akan kesan sampingan di persekitaran ekstrem sekiranya mengambil suntikan vaksin Covid-19 di Antartika.

Kes Covid-19 pertama di Benua Antartika dilaporkan di sebuah pangkalan milik Chile pada Disember 2020.

“Stiuasi di La Esperanza terkawal,” kata  Ortuzar.

Seramai 15 petugas positif Covid-19  lain yang  juga tidak menunjukkan sebarang simptom, kekal di pangkalan tersebut bersama kakitangan lain. Kesemua mereka bagaimanapun telah mendapat pelalian Covid-19.

Pangkalan La Eperanza yang dibina pada 1952, terletak di hujung barat laut Antartika dan merupakan antara 13 pangkalan milik Argentina dengan enam adalah pangkalan tetap. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI