fbpx

TFC terima penajaan TDC RM4.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AB. RASID (dua dari kiri) bertukar dokumen perjanjian penajaan dengan Mohd. Hafizuddin yang mewakili TDC, penaja baharu kepada pasukan TFC bagi saingan baru Liga M.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) menerima suntikan penajaan RM4.5 juta daripada syarikat berasaskan produk makanan dan minuman kesihatan, TDC Holdings (TDC) untuk musim baharu Liga Malaysia (Liga M).

Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd, Ab. Rasid Jusoh berkata, TDC akan menjadi penaja utama skuad Sang Penyu selama dua tahun sehingga musim 2023.

“Kami berbesar hati menerima TDC sebagai penaja dengan jumlah tajaan RM2 juta bagi setiap tahun selain RM500,000 lagi dalam bentuk barangan,” katanya selepas menandatangani kontrak penajaan di sini kelmarin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif TDC Holdings, Mohd. Hafizuddin Hiew Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi TFC, Mohd. Sabri Abas.

Ab. Rasid berkata, penajaan tersebut merupakan yang terbesar diterima TFC selepas tajaan RM2 juta daripada pembekal barangan sukan terkemuka, Umbro pada awal bulan ini.

Sementara itu, Mohd. Hafizuddin berkata, status TFC sebagai antara pasukan terbaik Liga M menjadi daya penarik kepada syarikatnya yang berpangkalan di ibu negara tersebut membuat tajaan.

Beliau berkata, TDC berkongsi misi dan visi sama bersama TFC dalam meraih kejayaan di dalam dan luar padang.

“Selain daripada sokongan kewangan, hubungan strategik ini membuka peluang penerokaan pelbagai produk antara kedua-dua pihak yang boleh dipasarkan.

“TDC sudah memasuki pasaran di Malaysia, Brunei, Singapura dan bakal menembusi pasaran Indonesia pada tahun ini. Banyak kelebihan boleh diterima menerusi kerjasama ini,” tambah beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI