fbpx

Suami tikam isteri enggan beri wang beli dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

LAHAD DATU – Seorang lelaki bertindak menikam isterinya ekoran tidak diberikan wang untuk membeli dadah dalam kejadian di Kampung Tanjung Labian semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa yang berusia 21 tahun cedera di lengan kanan selepas ditikam beberapa kali menggunakan gunting dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu.

“Akibat kejadian terbabit, mangsa yang merupakan warga Filipina terpaksa menerima tiga jahitan.

“Manakala suspek yang juga suami mangsa berusia 25 tahun menyerah diri di Balai Polis Desa Kencana kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

“Siasatan awal mendapati, pasangan berkenaan berkahwin sejak lima tahun lalu dan mempunyai dua orang anak berusia dua dan tiga tahun.

“Suspek berkelakuan sedemikian ke atas isterinya selepas berang tidak diberikan wang yang dipercayai mahu digunakan untuk membeli dadah,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Rohan Shah berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman berkenaan. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI