fbpx

Pengarah dan kakitangan JKKN didakwa palsukan dokumen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rohaimi (tiga dari kiri) memeriksa salah satu bungkusan teh Cina yang mengandungi dadah jenis syabu pada sidang akhbar di IPK Terengganu, Kuala Terengganu hari ini.

Oleh DIANA SURYA ABD WAHAB

KUANTAN – Pengarah dan seorang kakitangan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Pahang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuantan, di sini hari ini atas tuduhan memalsukan dokumen pembayaran bernilai RM9,920 dua tahun lalu.

Kedua-dua tertuduh, Dayang Kartini Awang Bujang, 46, dan Mardziana Che Mohd Amin, 36, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Datuk Zamzani Mohd. Zain.

Menurut kertas pertuduhan, Dayang dan Mardziana didakwa dengan niat bersama memalsukan dokumen arahan pembayaran berkaitan perkhidmatan menyediakan aksesori set kepala pelanduk bagi jabatan kumpulan kesenian atas nama sebuah syarikat Anas Niaga berjumlah RM9,920 kepada jabatannya.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengetahui perkhidmatan tersebut tidak dilaksanakan Anas Niaga dengan niat supaya dokumen palsu itu digunakan bagi tujuan hendak menipu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut di pejabat JKNN dekat sini pada 26 Jun 2020.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara tidak melebihi tujuh tahun serta dikenakan denda.

Kes tersebut dikendalikan, Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kamariah Seman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Ketika prosiding, pihak pendakwaan menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI