fbpx

Najib tempelak Tommy, Kerajaan fail afidavit cuba batal saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan afidavit balasan hari ini bagi membalas afidavit bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan berhubung saman hampir RM2 juta kerana menuduhnya di mahkamah.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Najib,69, berkata bahawa permohonan untuk membatalkan tindakannya (saman) adalah satu cubaan bagi menghalangnya untuk menghalang dakwaan berkenaan kesalahan terhadapnya daripada didengar di mahkamah terbuka.

“Tan Sri Tommy Thomas dan kerajaan Malaysia Malaysia telah memohon untuk membatalkan tindakan saya (saman RM2 juta) terhadap mereka.

“Bahawa, satu penegasan oleh Tan Sri Tommy Thomas, dalam afidavitnya, adalah sangat tidak adil apabila mengatakan bahawa “semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang-undang tidak terpakai kepada beliau setakat berkenaan pendakwaan terhadap saya,” kata Najib dalam kenyataan itu.

Sebelum ini pada November tahun lalu, Tommy dan Kerajaan Malaysia telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman Datuk Seri Najib Tun Razak selepas mendakwa tindakan Najib menyaman mereka adalah suatu serangan sampingan bagi menghalang prosiding kes jenayah terhadapnya.

Ia berikutan apabila Najib memfailkan saman pada 22 Oktober tahun lalu berhubung dakwaan bahawa kedua-dua defendan (Thomas dan kerajaan) menyalahgunakan kuasa untuk mendakwanya dalam beberapa kes termasuk membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menuntut ganti rugi hampir RM2 juta.

Thomas dan kerajaan, melalui notis yang difailkan, antara lain mendakwa jika saman Najib diterus dan dibicarakan, ia akan menyebabkan kes jenayah yang sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi tergendala.

Afidavit sokongan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib yang difailkan bersama notis itu menyebut dalam apa keadaan pun, pendakwaan boleh mengemukakan keterangan dan bukti berkaitan salah laku serta salah guna proses dengan niat jahat oleh Najib dalam perbicaraan kes jenayah terhadapnya.

Ahmad Akram berkata mengikut Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan dan subseksyen 376(1) Kanun Tatacara Jenayah, Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya mempunyai kuasa yang boleh dilaksanakan menurut budi bicara beliau untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi satu kesalahan jenayah. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI