fbpx

Pengurus syarikat ditahan kemuka dokumen palsu baik pulih jambatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi Alias

JOHOR BAHRU – Seorang pengurus sebuah syarikat ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan butiran palsu untuk mendapatkan kerja-kerja membaik pulih jambatan di Yong Peng bernilai lebih RM150,000.

Menurut sumber, suspek lelaki yang berusia 35 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru kira-kira pada pukul 5 petang hari ini selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek telah mengemukakan kebenaran menyertai tender yang mengandungi butiran palsu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di sebuah daerah bagi mendapatkan kerja-kerja berkenaan pada April tahun lalu.

Kes disiasat dibawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009).

Sementara itu, dalam kes berasingan, SPRM Batu Pahat juga telah menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 34 tahun kerana disyaki menyogok pegawai penguat kuasa sebuah PBT berjumlah hampir RM300.

Suspek yang juga bekerja sebagai seorang pembantu kedai runcit di Skudai telah melakukan perbuatan itu sebagai dorongan untuk tidak dikenakan kompaun oleh pegawai penguat kuasa terbabit kerana telah menjual arak dan rokok tanpa cukai yang melanggar Seksyen 107 Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Johor pada pukul kira-kira 2.30 petang hari ini selepas hadir memberikan keterangan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 17 (b) ASPRM 2009

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan kedua-dua penahanan terbabit.

Kedua-dua suspek tersebut ditahan selama 24 jam dan akan dibebaskan dengan jaminan SPRM.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI