fbpx

Padam tapak pelupusan sampah guna 15,000 liter air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Helikopter JBPM digunakan bagi memadamkan kebakaran tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal hari ini.

SEBERANG PERAI – Lebih 15,000 liter air digunakan dalam operasi pemadaman dari udara oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di lokasi kebakaran tapak pelupusan sampah Pulau Burung, Nibong Tebal di sini hari ini.

Operasi yang menggunakan dua buah helikopter dari Unit Udara JBPM Subang dan Pulau Pinang serta melibatkan lapan kru berlangsung selama kira-kira dua jam bermula pukul 11 pagi sebelum disambung semula esok.

Menurut jurucakap JBPM, operasi hari ini berjaya melakukan 15 kali curahan air (dump) dari udara yang diambil dari sumber terbuka.

“Untuk hari ini, kita sempat beroperasi selama dua jam iaitu bermula pukul 11 pagi hingga kira-kira pukul 12.40 tengah hari, manakala lebih 15,000 liter air telah digunakan untuk memadam api,” ujarnya.

Proses pemadaman dari udara itu dibuat di lokasi titik panas berdasarkan imej termal yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri.

Sejak dikesan Rabu lalu, kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung melibatkan keluasan kira-kira tujuh hektar dari keseluruhan seluas 16.5 hektar itu masih gagal dipadamkan sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Ekoran itu, kira-kira 400 penduduk daripada 86 keluarga di kawasan sekitar iaitu Ladang Byram dan Kampung Kebun Baru diarahkan berpindah sementara berikutan kualiti udara yang tercemar. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI