fbpx

Jangkitan baharu melepasi kes sembuh; 20 kluster baharu dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 2,848 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 2,744,203 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jangkitan harian pula mencatatkan 3,229 kes termasuk 239 kes import, dengan jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 sebanyak 2,817,163 kes.

“Daripada jumlah kes hari ini, sebanyak 38 kes (1.2 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 3,191 kes (98.8 peratus) kategori satu dan dua.

“Terdapat 20 kluster baharu dikenal pasti hari ini dengan jumlah kluster tamat sebanyak 6,054 kluster serta 201 kluster aktif dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ujarnya lagi, sebanyak 162 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 76 kes memerlukan bantuan pernafasan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI