fbpx

Myvi lawan arus dipandu warga emas mempunyai masalah kesihatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Polis telah mengenalpasti pemandu kereta jenis Perodua Myvi yang melawan arus di Jalan Mahkota Kuantan berhampiran Pasaraya Ekonomi Berjaya, di sini seperti yang tular dalam satu rakaman video di Facebook.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati Myvi terbabit dipandu lelaki warga emas berusia 71 tahun yang membawa bersama seorang penumpang lelaki warga emas berusia 78 tahun.

“Pihak polis mengesan penularan video terbabit yang dikatakan berlaku pada Jumaat lalu lebih kurang pukul 11 pagi dan susulan itu satu laporan polis telah dibuat semalam.

“Hasil siasatan mendapati pemandu dan penumpang mempunyai masalah kesihatan serta tidak lagi kompeten untuk memandu kenderaan,”katanya di sini hari ini.

Menurut Wan Mohd Zahari, berikutan itu satu notis saman dibawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 telah dikeluarkan atas kesalahan terbabit.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI