fbpx

Jeon Yeo-been belum ‘move on’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEON YEO-BEEN

AKTRES drama hit Vincenzo, Jeon Yeo-been mendedahkan kesukarannya kerana amat merindui produksi drama tersebut.

Menurut pelakon itu, set Vincenzo seperti taman permainan kerana pelakon dapat melawat dan melihat penggambaran watak lain.

“Semua orang saling menyayangi dan bergantung antara satu sama lain jika menghadapi kesukaran.

“Watak peguam mafia Itali dimainkan Song Joong-ki pula sangat berbeza dengan personalitinya di dalam set.

“Joong Ki seperti sang matahari menyinari dan membuat semua orang berasa gembira,” ujarnya.

Jelas aktres itu, semua pelakon drama itu saling berhubung dan mempunyai hubungan yang baik sehingga hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI